Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan. * Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak? * Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan. * Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita. * Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja? * Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita? * Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak. * Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita? * Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak. * Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita? * Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan. * Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya? * Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau * Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya? * Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal... * Isteri: @#$%????!!!!! * Suami: (Dalam hati)Alamak!!