Mengulas kekalahan salah seorang peserta Tasha walaupun mendapat pujian juri kerana mempunyai vokal hebat dan keyakinan diri yang cukup tinggi, Atilia berkata dalam peringkat itu, bakat bukan saja tidak mencukupi. “Saya akui dia berbakat tetapi dalam pertandingan ini kami mencari mereka yang mempunyai Faktor X dan pemenang hari ini mempunyai ciri-ciri itu,” jelas anak kepada penyanyi Salamiah Hassan ini. Selain Atilia dan Adnan, juri undangan malam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif 8TV/Ketua Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Sementara itu mengulas status peserta program ini yang dikhabarkan bakal bergelar artis rakaman apabila pihak Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd berminat untuk melamar mereka, Rozaina berkata perkara itu masih dalam perbincangan. “Besar kemungkinan keenam-enam mereka bakal; muncul dalam album kompilasi. Pun begitu, mereka juga bakal terbabit dengan program terbitan kami pada masa akan datang,” ujar Rozaina sambil memberitahu, program ini akan diteruskan tahun depan dan akan diadakan dalam bentuk skala yang lebih besar. Kongsi hadiah bersama keluarga CANTIK, berbakat dan popular. Itulah tiga ciri yang terdapat pada pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban yang membuatkan dia paling layak untuk dinobatkan sebagai Juara Idola Kecil 2. Namun dia sama sekali tidak menyangka yang bakal terpilih untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta pingat memandangkan saingannya pada malam itu hebat-hebat belaka. ”Saya memang tak sangka akan menang dan rasa sangat terharu dengan keputusan ini. Malam itu, saingan saya paling dekat adalah Azzam dan Ain kerana vokal mereka yang kuat.Apapun saya bersyukur dengan kemenangan ini,” kata Dayana yang juga meminati seni lakon dan gemar menari ini. Bukan saja bergelar juara tetapi juga dipilih sebagai Idola Popular, sebuah anugerah khas yang disediakan penaja utama, Dutch Lady. Dengan kemenangan itu juga, Dayana membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,000. Ditanya apakah yang akan dilakukan dengan wang kemenangannya itu, pelajar berusia 10 tahun ini berkata, dia mahu berkongsi hadiah kemenangannya itu dengan ahli keluarganya. “Saya mahu belikan telefon bimbit buat emak dan ayah saya serta hadiah untuk atuk dan nenek saya. Manakala selebihnya saya simpan untuk belajar. Mereka banyak menyokong saya sebelum ini dan saya mahu mereka merasai apa yang saya nikmati ini,” ujar Dayana yang menyampaikan lagu baru Suatu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran, nyanyian Mila.
ulasan dr berita harian..5.1.2010
0 ulasan:
Catat Ulasan