Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya.. ketajaman mata kailmu dan.. mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan.. mungkin dia tidak dapat melupakanmu.. selagi dia mencintaimu.. Jika kamu menadah air biarlah berpada.. jangan mengharap pada takungannya dan.. janganlah mengganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluan.. apabila ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. akhirnya dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi.. Begitu juga jika kamu memilikki seseorang,terimalah seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan.. janganlah kamu mengganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia seorang insan biasa.. apabila sekali dia melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.. sedangkan jika kamu memaafkannya.. boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat.. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yang pasti baik untuk dirimu.. mengenyangkan dan berkhasiat.. mengapa berlengah,cuba mencari makanan yang lebih baik.. terlalu inginkan kelazatan.. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu pasti menyesal,percayalah.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepadamu.. menyayangimu,mengasihimu.. mengapa perlu berlengah,mengapa cuba membandingkannya dengan yang lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain dan sudah tentu kamu akan menyesal...
0 ulasan:
Catat Ulasan