Menjadi simbol kepada wangian serta cinta, mereka datang dengan belbagai warna.ada pink,putih,kuning mahupun dalam bentuk kegemaran ramai-merah.Rangkaian warna-warni bunga rasmi bagi ‘mat &minah jiwang’ (bukan jiwang.org ek) ini penuh dengan kata-kata yang tidak perlu diungkaikan. Cukup sekadar dengan pemberian penuh makna dari hati yang ikhlas namun penuh bermakna.Kehadirannya dimuka bumi ini bagaikan penyelamat pemburu-pemburu cinta yang mungkin sedkit terlalai dari cintanya.saya cuba merungkai maksud antara warna-warna yang terdapat dalam pilihan bunga ros.check it out! Pertama kali direkodkan sekitar 35 juta tahun lampau.Tahun 3000 B.C menjadi tanda aras pertama, tamadun Sumerian mula merekodkan betapa kecintaan dan keabadian kecantikkan dapat diwakilkan kepada bunga Ros.Ungkapan puisi “ODE TO THE ROSE’ oleh penyair silam membuktikan bahawa Bunga Ros atau mawar utuh menjadi pilihan utama melahirkan rasa cinta sejak dulukala. Warna-warna cinta Ros Merah Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan. Ros Putih Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat,kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang.emm charming eks… Ros Merah Jambu merah jambu terang- rasa emm mengagumi dari jauh,simpati,kelembutan dan kemanisan(macam iklan susu je-lori) merah jambu pekat-kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan. Ros Kuning kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali tanpa suara boleh dizahirkan…ingatlah yang tersayang, yang mengambil berat..serta emm sering ditafsirkan kepada sifat cemburu pemberinya…awas ya? Ros Oren kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya-persahabatan,emm dan jatuh cinta.. Oren-Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang. Ros Lavender Ros biru belum lagi direka ya!…jadi gantikan dengan warna Lavender bagi insan yang ingin melahirkan rasa jatuh cinta kali pertama(juga bagi bunga ros yang durinya telah dibuang) Ros Hitam-ermm kematian bagi si penerima..ugutan atau ancaman.. Kata orang tua-tua, tanamlah bunga ros atau mawar diluar rumah..kelak emm terasa segar tatkala malam hari..bau wangian akan masuk menusuk kalbu..tak kurang juga pokok bunga raya, agar sekeliling rumah kelihatan ’sejuk mata memandang’ Gabungan kesemua warna-warna-membawa erti..segalanya adalah demi..emm yang menerima bunga inilah.. Bunga Ros yang batangnya dibiarkan panjang tanpa dipotong-’ku akan sentiasa mengingatimu’ penganti bicara ini. Bunga Ros yang diberikan secara sekuntum-emmm ungkapan klasik ‘Aku cinta padamu’ bagai menjerit keluar darinya bagai memberitahu si penerima.. sedikit info: Ros tergolong dalam keluarga spesis ROSACEAE.Darinya muncul spesis ROSA.Ahli botani agak bertelagah tentang bagaimana untuk mengkelaskan setiap Ros kedalam spesis-spesis yang ada.Antara 30 hingga 250 spesis Ros wujud ketika ini.